Wad Bersalin

Ahad, 12.10.14 - Seawal jam 6.15 pagi sudah terpajak di wad bersalin. Tiada angin tiada ribut, entah kenapa pulak mummy dtg check-in sini..

Jeng3x...

Panik takk? 



Waktu azan subuh sedang berkemundang, perut dah terasa something dan ketahuan air ketuban dah pula keluar.. Okay, mummy tak panik dari luaran. Tapi dalam hati Allah je yang tahu, apa perasaan sebenar mummy yang tiada langsung pengalaman nak bersalin ni..

Selepas solat subuh, semua bergegas ke kereta dan dalam suasana senyap belaka, kereta terus meluncur menuju ke hospital. Ada juga lampu trafik light merah yang dilanggar bila pasti tiada kenderaan lain di situ, dan yang pasti lagi nak sampai secepatnya di hospital. Huhu.. Panik lagi tak?


Mari kita imbas kembali hari sebelumnya. Sebenarnyer kan.. mamanya Adam datang bertandang ke rumah mummy pada petang sabtu. Perutnye memang dah memboyot, cuma due nyer dalam masa 2 minggu terkehadapan lagi..  Alkisah, baru je pun daftar diri keroje di kolumpo nih.. Rezeki anak la katakan. Saja la katanyer dtg sini, nak abihkan cuti hari minggu, dari duk terperuk kat umah sewa di kolumpo sana tu, katanya, 'bosan'. Malamnya, ada jugak dia cakap ada sakit² belakang sejak dua menjak. Mummy diam aje, dan tak terpikir apa² pun. Maklumlah takde pengalaman, dan anggap itu adalah perkara biasa bagi ibu² mengandung yang makin besar perutnya. 

Pagi Ahad tu, selepas dia daftarkan diri, dan sementara buat check-up, mummy balik rumah sekejap untuk rebus telur. Ini adalah arahan dari kakak, ibunya mama Adam. Haha.. Jangan penin² baca entri mummy kali ni, Bacalah berkali² jika kurang faham! Kami dari rumah tadi, memang tak sempat nak breakfast apa² pun. Jadi, untuk bagi tenaga itulah sahaja yang rasa yang terfikir dan paling senang nak buat. Dah ronda kat hospital nak carik kafetaria, rupanya belum buka lagi waktu itu. Sementara mummy rebus telur masak separuh, hasben mummy pergi tapau breakfast untuk kami juga.

Suah cukup bekalan yang diperlukan, mummy bergegas semula ke hospital untuk membekalkan sumber tenaga segera, dan lain². Untuk pengetahuan semua, wad bersalin ini memang ketat undang², tidak boleh menunggu, di wad bersalin apatah lagi di bilik bersalin. Mungkin suami boleh kot, tapi itupun tak pasti.

Apabila dah kena masuk bilik bersalin, memang kita dah terputus hubungan dengan ibu² mengandung ni, sebab handpone tidak boleh bawa masuk. Apa mummy nak buat ni kat sini? Nak tunggu 3-4 jam lagi.. Mati kutu jugak kan?! Misi kat dalam pun ada tanya tadi, baju baby ada bawa tak? Baju sehelai pun takder, nak bawak camana? Masa tu jam belom pun pukul 8. Sambil lepak² nak tunggu kedai yang buka seawal 8 pagi bukak, mummy breakfast dengan nasi berlauk di bawah pokok. Macam berkelah pulak rasa.

Selepas sarapan, target tempat sopink adalah Tesco. Di situ, mummy cari baju baby yang asas kaler putih lah sebab tidak tahu lagi nak keluar nanti girl ke boy kann.. beli pampers brand tesco, wipe brand tesco, beli kain barut satu, stokin kaki tangan sepasang. Ikutkan semua tu dah dibeli, tapi mama adam tak bawa pulak ke sini, Nak suruh mummy pergi ambil di kolumpo tu, baik mummy datang shopping aje kan..

Dalam pukul 9 pagi gitu, mummy dah balik semula ke hospital, dan beri pada misi baju baby dan lain² yang diminta, sambil tanya perkabaran mama Adam. Nak jenguk masuk memang tidak boleh, kabarnya bukaan masih 3cm seperti seawal tadi. Selepas sembang² dengan misi, mummy ambil keputusan untuk balik rumah sebab hendak duduk melangguk kat hospital pun bukan bolih buat apa pun, selain berdoa. Kat rumah pun boleh berdoa kan.. Plan nak datang tengahari pula masa melawat nanti.

Dipendekkan cerita, sebelum berkunjung ke hospital di waktu tengahari, mummy telefon dulu ke bilik bersalin bertanyakan perkabaran. Masa telefon tu punya lama tunggu, ingatkan dah nak letak telefon. Tapi hasil kesabaran ada juga yang angkat dan tanya punya tanya masa tu belom bersalin lagi tapi bukaan dah ke 8cm. Ini dah lebih dari bukaan yang ditunggu iaitu 7cm. Mummy solat dulu zuhur siap² kat rumah, sebab kalu pergi awal pun bukan bolih masuk ke bilik bersalin tuh. 

Sesampai jer kat wad bersalin, mummy terus je bertanya perkembangan di kaunter yang daftar pagi tadi tu, walaupun misi yang bertugas dah bertukar. Dia tetap layan dan menelefon ke bilik bersalin tanya perkembangan. Pada masa tu dalam kul 2 gitulah, misi bagi tahu mama adam baru jer melahirkan baby, secara normal. Tapi katanya tengah jahit, sebab terpotong sikit. Aduyai, terasa ngilu japp. Pasal jantina pula tidak ketahuan, misi tu lupa nak tanya agaknya. Huhu.. suspen lak.. Mummy ni pun terpk pulak, 'Eh! sapa lak nak azan atau iqamatkan baby!'

Mummy keluar, dan masuk semula bersama hasben, sambil kata kat misi di kaunter tu.. Tak boleh ke kami masuk nak azan/qamat kan baby tu, ini ada pakciknyer mama adam datang nih! Nak tunggu suami mama Adam nak sampai tak tahu pukul sampai dari Kelantan. Hmm.. hampa. Memang langsung tidak bagi masuk. Terpaksalah tunggu hingga di bawa keluar dari bilik bersalin ke wad bersalin. 

Belom selesai tentang nak azan atau iqamat, ada lagi yang mengusarkan fikiran. Siapa pula nak uruskan uri baby tu nanti? Di bandar ni mana nak cari bidan yang biasa buat semua tuh. Semasa menunggu tu ada la mummy sembang² dengan makcik sekuriti yang jaga bahagian depan wad bersalin. Kat sini ada ramai sekuriti. Setiap pintu masuk memang ada penjaganya. Semasa sembang itulah, mummy dapat ilmu baru. Ilmu bagaimana nak uruskan uri baby. Korang nak tahu ke.. Okay, mummy syerkan jerlah yer, apa yang mummy dapat tahu tuh. Cara basuh uri: Basuh bersih  hilang darah segala kekotoran. Perah limau. Selawat 3x. Letak dlm kain putih - 3 helai. Letak paku. Kain dipulas² tak perlu ikat. Letak tempurung jantan - ada mata, letak bungkusan uri. Tanam sedalam sehasta.

Tunggu punya tunggu, waktu tu dah nak menginjak ke waktu asar. Sambil mencari wash room, mummy terjumpa pula surau. Kebetulan waktu tu dah masuk asar, terus solat asar. Waktu tu lah pulak telefon berdering. Selepas usai solat, baru dapat bercakap di telefon, hasben bagitahu, orang dalam wad dah sebut nama mama Adam, dan bagitahu nombor katil. Mummy pun cepat² bergegas ke wad semula, dan masuk sekali dengan husben. Masa tu barulah tahu, Adam dapat adik boy. Masa tu jugak, mummy minta izin dengan mama adam untuk hasben azankan baby. 

Haa.. Amacam? Kira jadi anak angkat lah yer.. hehe. Okaylah cukuplah setakat ini cerita bersalin ni, panjang bebenor rasanya entri kali nie. Semoga ada manfaatnya.. Wassalam.


Ibu & anak

3 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..syukurlah..

AwekTrader said...

Subhanallah....
Alhamdulillah

Zai Zamree said...

Alhamdulillah...dpermudahkn urusan bsalin.

Kwn sy suaminya xciden truk.Muka pecah.Peha patah.nk djadikn cerita kwn bsalin 3 minggu awal dr date & msuk spital yg sm dgn suami dia.pkcik dia gak yg tggu kt wad bsalin.pstu pkcik dia dpt idea rakam suara suami kwn azan kt enpon.lps bg anak dia dgr azan si ayah br la pkcik dia azan lg skali...hihihi...kwn smpai menangis tgk adegan tu.x sngka kena lalui detik2 cmtu