Oktober Telah Tiba

Assalaamualaikum.

Salam Jumaat dan Salam Eidul Adha.

Apa kabar? Harap kalian dalam limpahan kasih dan sihat wal'afiat.

Mummy ada kurang sihat sikit jer sejak dua-menjak. Insha-Allah sudah beransur sihat, selsema pun makin baik. Alhamdulillah..

Oktober kali ini tiba dengan sambutan Hari Raya Haji, dan merupakan hari raya yang terbesar untuk seluruh umat islam kerana berlakunya pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kepada pencipta-Nya, juga peristiwa pengorbanan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim yang redha bila diperintahkan Allah untuk ditinggalkan di kawasan padang pasir. 

Kita sebagai penganut Islam juga disarankan untuk melakukan ibadah korban lembu, kambing atau binatang seumpama dengannya, ayam tidak boleh tau..! Ibadah korban ini dituntutkan ke atas setiap penganutnya sehinggakan diharuskan untuk berhutang. Tak percaya? Pi tanya ustaz.. Kalu hendak kahwin pun sanggup buat personal loan, inikan pula untuk tunjukkan kecintaan kita kepada Allah Taa'la yang telah banyak beri kita nikmat oksigen dan lain² lagi yang kita tidak pinta, tetapi Allah tetapkan sediakan.



Tahun ini mummy hanya termampu wakilkan pada Ezqurban sahaja untuk dilakukan sembelihan di Kemboja. Insya-Allah jika dipanjangkan usia, tahun depan nak buat di negeri sendiri, nak kena mulakan tabungan dari sekarang dan lebihkan sedikit tabungannya. Jom tanam niat dan azamkan dari sekarang. Selain itu, jika ini dianggap pengorbanan - mummy tahun ni berkorban jiwa tidak balik beraya jauh², kerana encik suami sudah kehabisan cuti tahunan. Minggu lepas pulak, tangan dia telah mengalami kebengkakkan di siku dan tidak boleh bengkokkan kerana di syaki terkena ghout. Sekarang ni Alhamdulillah semakin pulih bengkaknya, cuma masih tidak boleh bengkokkan sepenuhnya seperti normal. Banyak dugaan insyalah digantikan dengan perkara yang lebih baik.

Seterusnya, mummy mengucapkan Selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ini dan untuk esok puasa 9 Zulhijjah.

Jumpa lagi..

NOTA KAKI: Tahun ni raya paling sedih kot.. Tak de orang tanya 'balik raya tak?'

2 comments:

Siti Sharini said...

Selamat hari raya korban kak!

husband saya pun kerja hari raya..

PeRdU cINta said...

PC pun tak balik..ermmm sedihnya..