Perbaharui Insuran Kereta

Hari ni mummy tugaskan diri sendiri untuk memperbaharui insuran dan road tax kereta yang telah mati pada 29hb ogos lalu. Sudah xpired baru perasan maa..
Pagi2 keluar rumah, terus ke kedai insuran etiqa. Kononnya yang terawal lah, sekali internet kedai tu problem la pulak, terpaksa ke kedai insuran lain, yang sudah tentu ada pelanggan sedang berurusan dan tunggu giliran. Dari pukul 8.45 tadi pukul 10 baru selesai renew insuran.
Insurans kereta sudah naik lah.. Aiya, belom lagi GST dilaksana. Hmm, ada kaitan ke? Mummy tidak tahu.
Dalam ramai2 yang tengah tunggu tadi ada sorang kakak ni telah potong Q bro yang sepatutnya dilayan selepas mummy. Nasib baik bro tu cool jer.. Haha. Tapi korang janganlah buat macam tu yer.. Walaupun tiada nombor giliran, lihatlah sekeliling siapa yang datang dulu. Please be alert!! Kesian orang lain pun manusia macam kita yang hendak menggunakan khidmat yang sama. Kalu hendak orang hormat hak kita, kitalah dulu yang kena menghormati hak orang lain. Ya dakk?!
Nota kaki: Sekarang tengah tunggu giliran nak renew roadtax.
Sent from my mobile® smartphone over the TuneTalk network

3 comments:

Siti Sharini said...

mak saya pun g renew road tax smlm..tp sian dia xtau kena p beli insurans dulu baru leh renew..last2 xjd renew pon

Mummy-Ann said...

Alaa.. keciannyer mak cik siti.
Mummy baru settle semua kul 11 tadi.. Lama jugak kat JPJ huhuhu... Orang ramai, kaunter pulak x semua buka.

Unknown said...

Saya pun nak kene renew insurance bulan ni..tapi x buat lagi. Xtaw nak cover brape byk.. huhuhu