Terbaring..

Sebenar-benarnya, satu hari bermula subuh jumaat tadi.. Mummy telah terlantar kesakitan terlampau.
Sakit apa?
Tak pasti, tapi rasa nak je buang perut nih. Sakit sangat, sampai husben ajak gi klinik pun tak larat nak bangun bersiap.
Sejak dua tiga hari kebelakangan, mummy ada masalah nak tidor malam. Kadang2 sampai 2-3 pagi belom dapat lelapkan mata. Malam jumaat tu memang tak tidur langsung sebab bila tengok jam dah pukul 4, mummy sengkang je mata ni, takut2 tak terjaga subuh.
Bila mula sakit perut?
Malam tu memang dah ada tanda memulas sikit2, tapi kejap2 je. Lepas subuh, ia datang lagi, kali ni memang memulas sangat sehinggalah mummy sedar dah terkena keracunan makanan ni, tapi tak pulak cirit. Maaf! Jika kedengaran kurang selesa. Lepas melawaskan, perut masih sakit teramat. Heran! Tak pernah macam ni..
Bila dah ingat keracunan mummy suka amalkan sunnah nabi - iaitu minum madu, dan biasanya memang nak makan apa2 pun tak selera, campur cuak akan terus memulas. Terbaring je lah mummy sambil menahan sakit. Nak kata tidur tak juga, sekadar tidur2 ayam. Seketika, rasa macam mual dalam mulut, dan tiba2 termuntah - habis keluar semula madu tadi..
Perut ni terasa kosong je, sebab dari pagi belom makan apa2, jadi paksa diri untuk isi sedikit makanan. Makan la separuh kurma, dan minum madu lagi.. Macam tadi jugak, semua yg dimakan tu terkeluar semula selepas beberapa ketika. Semua sekali...
Teringat, mummy ada pesan dengan husben untuk beli pisang nak buat kueh hari jumaat tu. Makan pulak pisang untuk isi perut. Terkeluar jugak pisang2 tu walau mummy makan sikit saja. Bila dah takde lagi isi perut nak terkeluar, mummy tersendawa beberapa kali yang menandakan angin keluar. Kalu citer kat dokter pasal angin dalam badan, yang bila diurut2 tempat yang sakit, kita akan tersendawa, mesti kena gelak.
Mungkin sebab kepenatan campur belom tidur sejak malam tadi, akhirnya terlelap juga mata ni. Lepas 2-3 jam baru terjaga, masa tu memang dah rasa lega sikit perut, tapi bahagian kiri je yang sakit, nak gerak pun sakit. Alhamdulillah, masa tu dah boleh isi perut yang memang dah kekosongan. Makan la semula madu dan apa2 je yang ada untuk alas perut. Mummy rekues dengan husben tapaukan ikan untuk lunch. Bagi legakan perut yang sedang kekosongan, ikan adalah yang paling baik sebab cepat hadam berbanding lauk lain seperti ayam dan daging. Thanks dear, sudi melayan daku yang tengah kesakitan.
Mummy syak dah terkena gastrik, sebab setelah alami waktu tidur yang tak teratur, waktu makan pun jadi tak menentu. Itu yang perut dah masuk angin.. Sakit sangat bercampur, sakit sebab keracunan dan kena gastrik, dan juga mungkin sembelit sebab kurang amik sayuran dua - tiga hari kebelakangan. Janganlah melarat ke ulser perut atau lain2 yang menakutkan..
Esok, harap dapat gagahkan diri untuk ke klinik. Kadang, cuak jugak nak gi jumpa doktor.. Setiap orang ada la kan fobia nya. Mummy fobiaa tengok darah. Boleh pitam.
Bab cuak tu kena ketepikan jugak. Doakan mummy kuat untuk esok!
Wassalam.
Sent from my mobile®











1 comment:

Cik Misstree said...

Insya-Allah, hopefully you will get well soon.