Marhaban Ya Ramadan

Assalaamualaikum!

Salam Jumaat semua. Salam penuh barakah. Tak berapa hari lagi untuk kita sambut ketibaan Ramadan. Tetamu yang dinanti². Tetamu yang dirindu. Agaknya berapa ramai telah mengemas dan menghias rumah untuk menyambut tetamu istimewa ni? Ngee..

Check list di  bawah mungkin boleh digunakan untuk membuat persediaan menyambut Ramadan Mubarak:

  • Sediakan stok kurma - sunnah nabi berbuka dengan kurma dengan bilangan ganjil
  • Sediakan jadual menu berbuka & bersahur - elak pembaziran berbelanja di bazar ramadan
  • Tentukan masjid atau surau untuk berterawih dan juga solat subuh maybe..
  • Senaraikan pusat kebajikan, masjid atau seumpamanya untuk berderma
  • Ulangkaji tentang amalan berpuasa - Do's & Don'ts
  • Biasakan amalan membaca Al-Quran dari sekarang atau sejak dari bulan Rejab lagi.

Okaylah rasanya cukuplah tu untuk kita sediakan bagi menanti ketibaan Ramadan kekasih yang dirindui. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan. Amin.



NOTA: Maaf Zahir Batin dari Mummy

3 comments:

sukasukitulisblog said...

salam ramadhan dari suki... :)

AwekTrader said...

Selamat Berpuasa Ramadhan

Aliha said...

Salam ramadhan mummy :)