Mohon Doa..

Waktu subuh tadi mummy terima wassup dari seorang sahabat yang berbunyi,

"Assalammualaikum. Mohon doa sahabat semua agar pembedahan apendiks untuk Munirah, anak saya yang ketiga berjalan lancar. Dijadualkan pagi ini. Umurnya lima tahun. Masuk wad di Hospital Putrajaya jam 7.30ptg semalam."

Mummy pun tak tahu camaner lagi nak tolong selain doakan untuk ketabahan dia dan kesembuhan anak dia. Mungkin anda yang singgah sini pun boleh turut doakan juga.. Wassalam.
Sent from my mobile®

7 comments:

Unknown said...

semoga selamat menjalani pembedahan dan semoga cepat sembuh

Cik Misstree said...

Wa'salam. Jagalah kesihatan anak baik-baik, beri makanan yang halal dan baik tak padan umur 5 tahun kena apendiks, kecik2 dah kena bedah. Saya doakan Allah memberikan kekuatan dan kesembuhan kepada anak kecil ini. Kesian.

Khir Khalid said...

Semoga dilancarkan segalanya dgn selamat... semoga cepat pulih juga... aamiin..

Anonymous said...

Tulis jer lah yg baik2 je. Cuba bygkan kita berada di tempat ibunya, dan terbaca apa yg dikomen ni, adakah dia akan hepi atau sebaliknya :-)

Ana Jingga said...

amin..semoga dipermudahkan..

Anonymous said...

Saya sebagai doktor juga bersetuju dengan komen Cik Misstree. Kanak-kanak berusia 5 thn makan apa yg org dewasa bg kanak-kanak tersebut makan. Bukan sahaja doktor perubatan tahu mengenai punca apendiks, kini masyarakat umum rata-ratanya celik ilmu kesihatan dan pemakanan. Penyakit apendiks salah satu berpunca sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus appendik di samping
faktor jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain. Kebiasaannya, penyakit apendiks berpunca dari sisa pemakanan seperti biji jambu batu atau biji lada/cili yang tdk hadam di dalam usus. Jaga pemakananan anak dgn baik agar kesihatan anak berada dalam keadaan baik.

Saya hairan juga komen anonymous di atas, kenapa "mohon tulis jer lah yang baik2 je"? Adakah sesiapa meninggalkan komen kurang baik? Jika si ibu membaca komen ini, terima nasihat dengan hati yang terbuka :)

Anonymous said...

Good commenter.