Assalaamualaikum!
Nama saya 'kucing kelabu manja'. Umur saya dah nak masuk 9 tahun bila tiba Oktober 2013 nanti. Tuan saya rasa saya ni masih muda(sebab masa terlalu cepat berlalu), tapi sebenarnya saya dah kira tua dah.
Hari ni, tuan saya telah hantar saya ke hospital vertinar untuk mandulkan saya. Motif utama tuan saya berbuat demikian adalah untuk menyekat saya daripada saya spray cecair ajaib saya ke setiap sudut untuk marking kawasan jajahan saya. Maklumlah rumah tuan saya ni femes dengan pelbagai haiwan yang suka singgah cari rezeki. Bagi tuan saya, mereka adalah teman, tapi bagi saya mereka adalah musuh ketat saya. Tambah² ada lagi seekor jantan tuan saya bela, dan telah banyak kali cuba nak goda mak saya, mesti lah saya tak suka kan. Saya selalu spray ke arah rumah bertingkat ia, sebab saya jeles, dan tanda saya marah kat ia.