Bill Streamyx: Tak boleh check usage history

As salam,

Apa cer? Ada sihat ker?
Alhamdulillah mummy sihat jer..

Cuma fikiran jer terganggu sejak mendapat bill TM untuk Oktober.. Mana tidaknyer, tetiba jumlah bill yang tidak terduga dek aqal, yang cecah sampai rm3++ hinggit. Pada kebiasaannyer, bulanan hanyalah around rm80 dan tidak lebih rm90 sesuai dengan bajet dan pakej yang sudah diambil. Paling tidak pun ada tunggakkan sebulan, jadi jumlah sekitar Rm1++, kerana husben mummy gaji awal bulan pada setiap bulan, tapi due date bill pada 3-4hari sebelum tiba penghujung bulan. Nampak kan problem/ kelemahan dari pihak mummy.. Hoho.. Bukan masalah ekonomi ku yang nak di bahas di sini.. tapi pada yang hadapi masalah seangkatan juger pasti bolih paham perasaan mummy nih.

Bill yang tak terduga tu lagi memeranjatkan mummy apabila disenaraikan pula segala aktiviti berinternet sejak dari bulan April 2013 sampai lah ke tarikh bulan ini.. Alamakkk, apa ke hal nyer? Dah tiap² bulan sudah dibayar walau lambat cikit, apa lagi nak caj orang sejak dari bulan April pulakk kann. Memang geramlah dan bercampur cuak jugak mummy. Cuak fasal, baru tengah bulan line telefon & internet kena potong sementara. Telefon tu x kisah sngat sbb mmg jarang² pakai, plus xde sapa pun nak tefon mummy... Sob.. Sob.. Sob...

Dipendekkan cerita, bila ditanya ke operator. Katanya bill tu salah. Apa daa, camno bolih salah nie.. Kalu dah salah, wat per pegi potong line pulakk. Wa, dah bayar per. Aiseh, katanya lagi, sebab limit call dah abih.. Aii macam² lah kan pantang larang, sedangkan selama ni tak tahu pun ada limit untuk call keluar bagai.. Kata 'free'. Seingat mummy mmg jarang² call keluar. kalu mcm itu mmg sikit benor limit yang free tu ekk.. Ini boleh dikatakan menganiaya atau tertipu. Kita hidup memang ada peraturan- kitab Allah iaitu Al-Quran dan dikukuhkan lagi dengan hadis Nabi. Tapi dalam Al-Quran tu xde pula kasi peraturan yang tersembunyi kecuali beberapa lain yang ghaib dan tidak dijelaskan. Alkisah, sebab nak pakai internet, terpaksa korek duit dari bajet lain, bagi penyambungan semula, walau dah bayar awal bulan hari tuh untuk bulan lepas. Mummy pun masih keliru dengan bill bulan ni.

Dan.. Tiba² hari ni talian dipotong lagi untuk ketiga kalinya dalam bulan ni... Dalam sejarah ni. Boleh masuk rekod memana ker. Dan kali kedua kena telefon operator wat query fasal bill.. Mana mummy tefon tak nyah tanya lah.. memang bukan pakai tefon rumah lah kann.. Line dah kena kasi potong! Di bawah adalah caj yang dikenakan untuk menelefon khidmat pelanggan.

100 call charges:

Service TypeTM Customer Service 100
Fixed LineFree
MaxisDepends on service provider*
CelcomRM1/call
DigiDepends on service provider*
U-mobile, Tune Talk and othersDepends on service provider*


So sebab apa kena potong? Fasal masalah bayaran yang sudah dibuat, tetapi tidak dikemaskini secara berhemah. Maka kononnya, bill ni masih lagi tertunggak, padahal dah bayar dah, siap buat lebihan bayar lagi.. Sebab mesin tak terima singgit, dua ringgit.. Patut dah xde tunggakkan lagi. Walau mummy ni dah tua, tapi belom nyanyuk oke! Bila orang dah amuk dalam tefon, baru lah nak cek & balance berapa udah di bayar.. Itu pun tadi, masa awal² tuh. Operator cakap; 'Kena bayar lagi Rm bla..bla.. untuk buat sambungan balik.' Terus kena sambar petir sound lah. Barulah nak cek semula, tung-tang-tung-tang. Operator kata: 'Okay bayaran sudah terima.' Sekarang tm sudah ada hutang sama mummy. Mau nak cakap... 'Kamu bank-in balik duit saya tuh sekarang jugak..' Ahaha.. tak terpikir pun tadi tuh. Baru sekarang terpikir masa menaip nie..

Tak sabar nak tunggu tengok bill bulan depan.. Selalu sampai pada 8 atau 10 haribulan setiap bulan. Harap² bill baru nanti sudah clear dengan segala tunggakkan mummy. Kalu tiap² bulan dapat cash money dari nuff pun kira bagus jugak kan..Boleh bantu bayar bill streamyx nih << Berangan jer lebih.

Oh! Tentang tajuk.. Ahahaha.. perenggan ni baru nak masuk tentang tajuk. Takde citer pun nak ulas.. Cuma tertanya² kenapa ekk sejak beberapa bulan yang lepas, tapi tak perasan bulan bila. Dah tak boleh tengok berapa minit kita dah guna untuk streamyx yang kita langgan. Itu penting bagi mummy untuk memantau supaya tidak terlebih guna.. Penting untuk poket juger. Kann..Kann.. ~Wink-wink~

Panjang pulak entri mummy kali ni, memang meluahkan perasan sungguh. Kadang hati kita memang jadi panas, maka ubatnya adalah luahan. Semoga jadi iktibar pada pembaca. Dan kepada TM silalah buat pelarasan atau adjustment cepat sikit. Kenapa kena sampai tunggu dua-tiga bulan, baru nak clear data bayaran pelanggan. Nak potong cepat jer, bayaran pelanggan pun update lah cepat jugak.

Terima kasih pada sudi membaca..

P/s: Apasal sekarang line internet selow bangat

1 comment:

Khir Khalid said...

Susah juga klu x dpt check mcm tu.. x dpt nk kawal timing pemakaiannya kan..