Bila Toyol Beraksi

Ahahaha.. Abaikan tajuk!

Awas!! Ini bukan toyol sebenar, tapi toyol jadian..

Masih kenalkan raut wajah budak ini? Ini adalah wajah² Adam Haziq merupakan cucu sedara mokcik yang ketiga okay! Macam nilah orang belom ada anak sendiri, dapat main dengan cucu sedara pun oke.. dulu2 main dengan anak sedara, sekarang semuanya dah besar panjang, dan beranak-pinak sudaa.. Main dengan anak diorang lah pulak. 

Dah tua² ni, dapat jugaklah menumpang kasih, dan bermain² dengan anak² kecil ni yang Insha Allah sentiasa dirahmati Allah.. Ahli syurga nih..

Lucu kan..

Gambar ni di ambil masa Adam mengunjungi mokcik minggu lepas. 

Sekarang Adam dah pandai sengih/senyum bila orang nak snap gambar dia. Kalu tak dulu selalu muka serius jer. Tapi itulah Adam sengih ke tidak tetap macam toyol... hehehe... Masa botak jer lah.
Paling tak lupa, dah snap jer gambar dia, mesti cepat² datang dekat kita. Nak tengok gambar dia lah tuh... Ahahaha.. Cute jer aksi..

Terima kasih Adam kerana datang ziarah Mommy..Semoga jadi anak soleh dan berguna kepada masyarakat dan agama. Bagus juga kalu jadi tahfiz bila besar nanti dan doakan Mommy & Tok bila kami dah tiada lagi di dunia fana ini.


3 comments:

Scripters said...

Comeynya toyol jadian ni yer hehehe rasa macam nak kiss jer

mokcik said...

Dak tyl ni mmg pandai kiss..Sebut jer 'kiss' automatik akan ikut arahan.

Mummy MM said...

Wah, pandainya dye posing.