Birthday Guy on his Labour Day

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar hiasan

Semalam, 25 Ogos adalah hari ulangtahun kelahiran hasbenku. Tapi semalam juga adalah hari bersejarah beliau, sebab 2 hari berturut² terpaksa bertungkus mulus mengerjakan masalah siling menitiskan air dari sumber air yang menyalurkan ke rumah kami.


Setelah bekerja keras pada hari pertama (hari Sabtu) sampai sakit² satu badan - mana taknya ruang di atas tu adalah sempit dan gelap of coz (lihat gambar kedua). Menjelang senja semalam, baru masalah dapat diselesaikan. Itupun katanya sementara sahaja. Paip/barang yang perlu diganti tidak ada stok, dan masa suntuk untuk carik di kedai lain. Redha jer lah.

Sempitnyer
Tangki Oh! Tangki
Sejak masalah ini juga, perjalanan kehidupan ku tak menentu jadinya. Masak tak boleh, basuh kain tak boleh buat macam biasa, sebab semua hanya boleh bila air direct dibenarkan masuk. Mandi boleh le, fasal air tangki masih berbaki, tapi tidak boleh dibiarkan penuh. Sudahnya, projek buat kek suprise birthday hasben pun terkendala.

Dan akhirnya hanya ucapan ku mampu..
Semoga Usia Sayang dilanjutkan & diberkati Allah sokmo

4 comments:

Mummy MM said...

selamat hari jadi buat suami sis. semoga panjang umur murah rezeki.

Mummy-Zerry said...

Amiin..Tenkiu sis.

Pengumuman: sesapa nak carik plumber, boleh kontek abg bangla nih.. ehehhe

Unknown said...

ya Allah kesian hubby akak.. xpasal2 buzday dia jadi plumber.huuu pengalaman betul..hee

PeRdU cINta said...

tangki simpanan air bermasalah ye..tak apa bersabar ye..apapun wish dulu..kek kemudian..maka suasana sambut birthday berpanjangan..