Jualan Ramadan @Nooxa Collection


Assalaamualaikum!

Salam menyambut Ramadan al-Mubarak buat semua teman² blogger dan pembaca senyap.. Harap dapat maafkan jika ada silap&salah mokcik sepanjang berbeloging bersama. 0-0 yer..

Sempena Ramadan 2013 ini juga, kedai maya mokcik yang baru berpindah ke Nooxa Collection juga mengadakan jualan penurunan harga. Baik anda pergi check sana sekarang! Mana tahu, barang yang harga sudah turun itu adalah barang igauan anda sebelum ini.. Atau boleh juga dihadiahkan buat ibu, isteri, kakak & juga adik yang tersayang.. Jangan tunggu lama². Sementara stok masih ada je.
Bila dah sampai kedai mokcik tu, jangan lupa klik add circle dan like fan page sekali oke! Ada hadiah misteri pada yang Like dan shopping @Nooxa Collection, dan tempahan mesti dibuat melalui borang tempahan yang terdapat di fanpage yer..

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari)

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, Terawih & Bersahur. Semoga akan ditemukan kita dengan malam Lailatul Qadr.

P/s: Jangan lupa malam ni mula terawih..

3 comments:

Cik Nor said...

salam ramadan

Mummy MM said...

Selamat mengadu..

Unknown said...

selamat berpuasa