Undi Tidak Rahsia

Kenapa undi anda tidak lagi rahsia, walapun setengah pihak kata 'Undi adalah rahsia'. 
Kerana..

  1. Di akhirat segala amalan dan perbuatan kita akan dipapar umum termasuk apa yang kita undi setiap 5 tahun sekali.
  2. Pada tahun² sebelum, setiap kali kita pergi membuang undi, no. siri yang terdapat di kertas undi kita akan dicatit sebelah nama kita dalam kertas senarai nama yang ada di bilik mengundi.
  3. Di laman sosial, sudah bermacam² yang kita sudah pos di sana. Secara tak langsung semua kenalan yang ada akan bisa meneka apa yang akan kita undi. 
Kan? Cukup bukti atau tidak undi bukanlah rahsia..



Apabila tiada lagi rahsia. Apa perlu kita buat?

Janganlah takut lagi untuk menyatakan pilihan anda. Undilah hanya kerana pilihan anda, dan bukan kerana takut kepada apa² atau akan diapa²kan oleh pihak² tertentu. Bukan takut tak dapat projek atau rezeki di masa depan. Ingatlah!! Rezeki dalah pemberian Allah swt. Bukannya dari sesiapa yang baik-hati atau kaya-raya yang beri, tapi hanya dari Allah. Bersyukurlah kepada Allah, kerana apabila lebih banyak kita bersyukur, Allah akan beri lagi banyak rezeki buat kita.

Tiada istilah makan budi atau tabur budi sebenarnya, sebab bila menolong orang atau menerima pertolongan adalah semua dari Allah. Segala kebaikan adalah dari Allah dan balasan kebaikan juga adalah Allah yang mampu membalas.

Undi adalah tanggungjawab anda untuk generasi akan datang. 





Jom pakat turun mengundi 5 Mei nanti


2 comments:

Mummy MM said...

Belum mengundi lagi tapi lemah semangat dah dengar perkara macam tu..

Mummy-Zerry said...

Kuatkan semangat dalam segala hal. Buatlah hanya kerana Allah Taa'la.
Peace..