Kiki -kucing tersayang- Masuk Hospital

Assalaamualaikum & Salam Tengahari buat pembaca blog yang gersang ini..

Hari ini Kiki akan dibedah-siasat. Oh! Apa sudah jadi pada kucing tersayangku itu.

Okay, semalam mokcik pergi hantar Kiki jumpa vet sebab ada temujanji yang telah dibuat 2 bulan lalu. Kiki perlu dioperasi kerana atas sebab hendak mandulkan ia. Kucing ku itu telah tua sebenarnya - 9 tahun sudah. Sejak dua menjak, dia asik jer miscarriage her baby... Dengan kata lain anak yang dilahirkan tak cukup bulan.

2-3 bulan yang lepas lak, Kiki siap turun darah berhari-hari.. Bau busuk pulak tuh.. Rupanyer itu nanah campur darah. Tu yang kesian tgk Kiki. Doktor kata  kasikan ajer.. Hah! nak kasi kat sapa? Kucing mokcik sayang woo.. Hek! bukan kasi kat orang lah... Tapi kasi atau mandulkan ia..

Semalam masa nak tinggal kat vet, Kiki pandang jer kat mokcik, bila mokcik keluar dari bilik tanpa bawa ia. Aduh! Sedih pulop.. Terlupa lak nak snap gmbr muka ia yang confuse itu sebab kena tinggal.

Hari ini, saat ini mungkin Kiki sudah dioperasi. Mohon kawan2 doakan untuk keselamatan Kiki. Dengarnya kucing yang berumur agak berisiko untuk dibedah. Sebab itu jugak mokcik hantar ia ke Hospital Serdang. Klinik biasa tak terima, kucing berusia 8 tahun ke atas. Besok, mokcik tak sabar nak dengar kabar tentang Kiki...

Doakan sama yer..


Koleksi gambar Mak Kiki

2 comments:

Unknown said...

alahai cianya kiki..semoga cepat sembuh..

nuargto said...

Kesian dekat Kiki.. Semoga Kiki lekas sembuh..

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..


Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar