Weekend yang Bizi

Assalaamualaikum.

Apa kabar para blogger?

Harap semua sihat hendaknya, dan sentiasa di rahmati Allah. Alhamdulillah, mokcik pun sihat. Walaupun tidak dapat disangkal, weekend baru² ni memang agak penat, dan tidak cukup rehat. Dek kerana ada banyak urusan di luar dan ada pula tetamu yang bertandang ke rumah. Alhamdulillah. Ada lagi yang sudi bertandang - tambah² ahli keluarga sendiri. Dapat la bersilahratul rahim.
"Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]


Lagi suka, fasal..  diorang nak berspa sekali. Best, dapat buat kongsi kebaikkan dengan orang ni. Dan, hari ni ingatkan nak berehat. Tapi tak boleh lah, mengenangkan ada beberapa tempahan yang dibuat oleh pelanggan dari kedai online ku.

Ada lagi barang yang perlu diupdate dan jugak ada pulak barang baru yang nak dimasukkan ke sana.. Huhu.. Banyaknyer urusan yang perlu dibereskan. Sambil² tunggu barang baru masuk, jom lah singgah blogshop kiter yer.. Tak nak beli lagi pun takper, blog tu pun perlukan trafik dari anda..  ^_^


Nota mokcik: Semoga diri ini diberikan kekuatan  & semangat yang tinggi untuk mencari rezeki yang halal. Aamin.

1 comment:

SoLy SoLicious said...

btol tu.. kena la layan tamu tu nan sopan