Hepi² Di Sarawak

Salamualaikum!

Tak-mo sedey² dah.. Mari hiburkan hati bersama ku.. Cewahh.. tetiba jer tukar mood. Nak lupakan sedeh dengan mau cerita fasal hepi² bulan lepas.. Opss.. Dah masuk bulan baru ekk.. November dah ni dik-non oii.. Rasa macam tak capai apa² pun bulan Oktober lepas.. Kena wat check-list balik ni segala amalan yang lalu.. Hu-hu..

Okay.. kiter sambung citer pasal Sarawak dulu ekk.. Nak dengar takk ni? Kalu tak nak.. meh baca sini..

Tersebutlah al-kisah dengan pica ini 
v
Ada iras tak makcik² kiah ni? Cu teka kat mana?

Itulah dia kami ke Muzium Sarawak, lepas tengok Orang Utan.. Erm.. Ini baru satu muzium, sebab tu tulisan besar yang tertulis adalah Dewan Tun Abdul Razak, bukan-nyer Muzium bla.. bla..

Awasss... Ini bukan orang utan.

Gambar di atas adalah gambar larangan yang patutnyer tak leh amik.. Hehe.. Sorok² snap, sebab ada orang tu sanggup panjat loteng atas untuk dijadikan kenangan, konon² berada di rumah panjang, sebenarnya replika sahaja yang terdapat dalam muzium  etnologi.. Dah naik, susah rupernye nak turun balik (gambar kecil). Tengok sajer tangga-nyer hanya sebatang kayu yang di tarah sedemikian ruper... Korang nampak takk? 'Kalu tak, mungkin anak luar nikah'. Tiru dialog Pak Belalang jap.. Hehehe..


Kat luar nampak tak gempak pun.. Cuba masuk dalam.. Bestt


Satu Muzium yang mokcik tak sempat nak lawat.. 

Sebab dah tengahari, terasa lapar la pulak kan.. Terpaksa batalkan niat untuk ke Muzium Islam.. Tapi mokcik percaya, mesti best kalu dapat masuk sana.. So, sebelum pergi carik makan.. Amik satu lagi gambar untuk kenangan.

Aiseh.. Panas ker bang..


Lepas makan tengahari, kami jalan² pulak ke Water Front.. Sebelum pegi melawat kedai² cenderamata yang berderet².. Macam biasa kami posing dulu lah yea.. 



Di tepi jalan² kat bandar Kuching, banyak jugak bangunan lama yang masih berdiri utuh.. Cuma tak sempat jer kami nak tinjau ke dalam.. Entah boleh masuk ke tidak.. Hehe..

Yang ni macam boleh masuk..

Yang ni tak sure..

Bangunan Sarawak Craft Council tu tercatat A.D. 1886 (gambar kecil). Sapa pernah masuk situ? Muzium Sejarah Cina tu pulak betul² di tepi jalanraya.. Macam takde entrance untuk masuk pun.. 

Stop dulu.. Beri laluan untuk iklan makan tghari..

Nota Mokcik: Sambil nak gi wat check list amalan/ pencapaian bulan lepas

2 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

teringin nak ke sana..tapi tak de peluang lagi...

Mummy-Zerry said...

Jom kita wat rombongan cik-kiah ke sana nakk..