Syaitan di Rantai

Petikan ini adalah dari email:

Assalamu’alaikum

Penjelasan kepada hadith “Syaitan di rantai”

Sabda Nabi :saw :-

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
 "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Ulama mempunyai beberapa intepretasi mengenai hadith ini. Perlu di ingat, bahawa hadith ini berbicara permasalahan ghaibiyat (ghaib) yang hanya Allah swt yang tahu perkara sebenarnya.

1. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, menurut al-Halemi “syaitan dirantai” boleh bermaksud syaitan tidak berupaya menggoda orang Islam disebabkan umat Islam sibuk dengan berpuasa, dimana puasa membendung keinginan, mereka banyak membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah.

2. Berkata Qadi ‘Iyaad – ia boleh diintepretasikan dengan maksud literal, bahawa ini merupakan petanda kepada malaikat akan permulaan bulan ini, bulan yang penuh kebajikan, dan dapat menghalang syaitan mengganggu umat Islam. Ia juga merujuk kepada terlalu banyaknya ganjaran dan kemaafaan, dimana ia mengecewakan Syaitan, lalu diisitilahkan sebagai Syaitan telah di rantai!

3. Ada yang mengatakan ia sebagai metaphor kepada gagalnya syaitan menggoda orang-orang yang benar-benar puasa. Sebab itu orang yang tidak benar-benar berpuasa masih boleh diganggu syaitan. Tukang sihir masih lagi mensihirkan orang dalam bulan Ramadhan……

4. Selain itu, ada ulama’ mengatakan Cuma syaitan yang bernama MAARID sahaja yang di rantai, sebagaimana pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh yang mengatakan :  tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi  didalam hadith yang lain :-

أتاكم رمضان، شهر مبارك، فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب السماء، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين
 "Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)/Maarid........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan.Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang itu.

5. Menurut kitab Fathul al-Baari, perkara kejahatan berkurangan pada bulan Ramadhan, jika di bandingkan dengan bulan yang lain. Walaupun Syaitan di rantai, ini tidak bermakna kejahatan tidak akan berlaku, kerana terdapat perkara-perkara lain punca kejahatan disamping Syaitan, seperti Jiwa yang jahat, perangai jahat dan manusia-manusia jahat.

Ramadhan Mubarak!! BarakallahuFiKum

Wallahu’alam.
(Khairol Amin) kamin

2 comments:

Ubi Kentang said...

Maknenye ap yek? yang majoriti punye pendapat yang mana satu?
Knpius den takdo kesimpulan nih..huhu

Mummy-Zerry said...

sori.. mokcik kurang arif, x layak nak wat kesimpulan