Bilik Bedah

Assalaamualaikum.

Apa kabar semua? Harap semua sihat² sokmo.

Wokey, sekarang nak amik sedikit masa untuk hapdate citer pasal my sister yang masuk spital semalam.

Pagi tadi, sempat sekejap sahaja bertemu mata dengan dia. Pasal, pagi adalah bukan waktu melawat. Sebenarnya guard tak bagi masuk, ku berkeras nak masuk juga dengan dua orang pengiring lagi.. Huhu.. ku janji nak masuk sekejap jer... kejap jer.. So, terpaksa ku kotakan janji.

Masa jumpa, kakak ku nampak begitu pucat dan lemah-longlai. Ni mesti sebab rasa takut dan gundah untuk menghadapi operasi-nyer nanti. Hei, sapa tak gemuruh, aku sendirik pun cepat panik!

Semalam, doktor ada memaklumkan bahawa operasi kakak ku ini akan disediakan dengan kata lain menempah satu katil untuk dia di bilik ICU untuk menghadapi segala kemungkinan. Dan semalam juga, my sis sendiri yang menandatangani surat persetujuan pembedahan ke atas-nyer untuk hari ini.

Nak pendekkan cerita.. my sis kena sorong masuk ke dalam bilik bedah kul 11.15 pagi. Alhamdulillah... Akhirnya, penantian kami di luar bilik bedah  rasa begitu lega kerana kul 3 petang dia kelihatan disorong keluar dari sana.

Debaran untuk hari ini sudah berakhir di sini. Tunggu untuk cerita selanjutnyer..

Baca kisah sebelum.


Nota Mokcik: Alhamdulillah.

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

harap sis Ann selamat dan cepat sembuh.

Mummy-Zerry said...

Amin..

mohdhazlan Dreadlock said...

alhamdullilah...hrp bk2 saja :)