Gerhana

Salamualaikum sumer!

Sebut pasal gerhana - teringat, tempoh hari mokcik dah miss saksikan gerhana bulan. Tika&saat terjaga adalah jam melewati 4 pagi sudaa.. Segalanya sudah gelap gelita. Tak nampak apa pun. Awan mendung agaknyer. Hampa. Masuk dalam rumah, buat apa yang patut.

Bila jam dah 6 lebih, baru teringat nak jenguk luar, masa ini baru nampak bulan. Tapi bulan dah kembali sedia-kala. Takde tanda gerhana dah. Amatlah kesal, sebab tahu lewat pasal gerhana bulan tempoh hari.

Lagi amat kesal, mokcik sudah kelewatan buat apa yang sudah dijanjikan. Janji nak pos barang hadiah GA pada minggu ketiga, sudah menyasar ke hari ni belom sempat nak pegi pos. Barang²nya sudah lama siap-sedia. Tapi mokcik pulak yang tengah gerhana. Huhu..

Sejak weekend hari tuh, tak berapa sihat. Duduk melonggok jer kat rumah ni. Siang tadi tu pun banyak tidur sahaja. Ni yang mata masih terang buntang tak mahu tidur. Peluang yang ada diambil untuk menghapdate belog yang telah usang entri ni. Sambil nak minta maap pada yang tertunggu² dengan hadiah mokcik.

Minta maaf, mintak ampun yer! Mokcik tak lupa-nyer..

Ehsan