Balik Kampung

Salam Hormat.

Sepatutnya mokcik dijadualkan pulang ke kampung hari ni, dan mungkin tiba lewat malam ni. Tapi hakikatnya, sekarang.. Dah ada kat kampung padang tok ku. Hehehe... Syoknyer dapat balik kampung.. Sampai awal lak tuh...


Tak sangka you. Plan nak balik sama² pacik sedara ku, tapi semalam abang ku pulak ajak pulang bersama.. Rupanya, Allah dah tahu, masa nak pulang dari kampung ke rumah sana nanti bersama anak sedara, tak dapat. Sebab dia akan bercuti lebih lama dari yang dijangkanya. Itupun pasal, tiket keretapi sudah habis dijual, kalu tak pasti kenderaan utama ku pulang ke kampung adalah keretapi. Impian hubby untuk merasa pengalaman berkeretapi terpaksa ditunda. Kini, jadual pulangnya akan bersama abang juga hari Isnin nanti. Mokcik lak akan stay lagi beberapa hari di kampung sehingga seminggu kot.. Hehe..

Citer pasal pacik sedara lak, dia pulak tukar plan dari bertolak pulang hari Sabtu ditunda ke hari Ahad. Katanya nak elak jam!! Memang jammed jugak lah semalam.. Tapi xder ler teruk sangat macam time balik raya tahun² sudah. Huhu.. Kalu ikut pacik sedara tadi, haruslah sampai malam Isnin kan..kan.. Padahal tujuan balik ni pun nak tolong² dan hadiri majlis kesyukuran perkahwinan anak sulong kakak mokcik. Kalu dah balik Ahad, jawabnya apa sangat lah bantuan nak dihulur.

Plan lain, lain pulak yang jadi.. Tapi semuanya Allah dah aturkan untuk kita, hadapi dengan tenang. Alhamdulillah... Semuanya tuhan jadikan lebih mudah buat kami.

Pesan Mokcik: Selamat Beristirehat bersama keluarga tersayang! Santaiiii... 
Tapi kat sini panas betul... Menitik² peluh.