Today is My Anniversary Day

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa kabar wahai warga blogger sekalian? Harap semua sihat hendaknya, kalu tak sihat pasti tak mengadap bende-alah bernama pc / laptop / skrin monitor ini. Kan.. Kan..

Dah banyak hari dah ku tidak menghapdate belog yang tak berapa popular ini. Huhu.. Menulis bukan kerana nak fofular tau.. Tapi saja suka² nak tulis ayat ni, nak kasik hot sket malam yang memang tengah hot dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni.

Sebenarnya, hari ni adalah hari yang sedikit penat. Fasal, siang tadi ku keluar outing dengan my pren. Dari pagi hingga hampir senja baru sampai ke rumah. Bukannya pergi berjoli, tapi pergi menziarah seorang teman. Lepas ziarah, bersiar² pula dengan my pren untuk menghabiskan masa sambil menunggu suami ku pulang dari kantor.

Berbalik kepada cerita ziarah teman ku itu. Dia telah ditinggalkan oleh suami tersayang buat selama-lamanya. Pergi menyahut panggilan Ilahi - Pergi Takkan Kembali. Al-Fatihah...

Dengar dari penjelasan ahli keluarga teman ku, Allahyarham suaminya, hampir sebulan telah dimasukkan ke hospital setelah Allahyarham collapsed. Disahkan Allahyarham mempunyai masalah jantung, pada usia lingkungan 30-an. Perginya Allahyarham, meninggalkan teman ku dan anaknya baru berumur 5 bulan. Bersabar yer wahai teman ku - Faridah Omar.

Ku titipkan doa ini untuk renungan/amalan bersama:

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya : 
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)

Walaupun entri ini takder kaitan ngan tajuk.. Tapi inilah aktiviti ku pada 30 Mei - hari ulangtahun perkahwinan kali ini, sambil minum petang bersama² my pren, dan suami ku jua. I Love You Dear..

Pesan mokcik: Doa ini sesuai untuk diamalkan bila kita ditimpa musibah.