Pilihanraya Olok²

Assalaamualaikum!

Sapa ada tengok berita TV3  waktu perdana tadi? Ada pulak pilihanraya olok². Sapa tak tengok rugi! Sebab apa rugi - bukannya mokcik nak ulas tentang pilihanraya tu kat sini. Mokcik tak dengar sangat pun berita tu, pasal tengah mencekik tadi, cuma naseb baik tak tercekik jer - makan sambil tergelak². Huhu.. Macam biasa jer, buat kerje olok².. Ish..Ish..Ish..


Erm.. Kalau lah kan Kenaikan tarif letrik tu pun olok². Alangkah bagusnya.. Tapi mimpi jerlah nak olok², esok bermula 1 Jun Tarif baru letrik akan bermula! Lepas bil naik, tunggu ajer lah untuk kenaikan barang pulak.. Huhu.. Ada yang pakai kereta letrik tak kat Malaysia? Ala kereta hibrid tu.. Hari tu, minyak naik, tukar kereta hibrid, ni letrik naik, nak pakai apa lak ekk.. Kena pikir ni.



Bila semua harga naik - tapi gaji gak tak naik². Mesti keluar kenyataan suruh hidup berjimat-cermat. Kalu nak tahu dalam dua-tiga tahun ni, hidup dah lebih dari bercermat, sampai badan pun dah kurus-kering. Tak tahu dah nak cermat camaner lagi weyy.. Aduss. Pedih prot. Lapar lah pulaknyer..

Cakap pasal olok² tadi kan, GA mokcik yang baru lepas bukan olok² tau! Sampai masanya nanti mokcik akan umumkan pemenangnya OKE! Tunggguuuuu....  Bukan macam pilihanraya olok² tuh.. Ada macam membazir takk..

Nota Mokcik: Tulisan ku hanyalah tercetus dari dalam fikiran ku jua.. Tiada paksaan dari sesiapa mahu pun menghasut sesiapa.