Peristiwa Misteri

Salam Bahagia.

Mai sini baca citer ku ini. Nak citer pasal semalam, semasa pegi outing ke BBB. Jalan² sorang diri. Huhu.. Memang selalu dah terbayang kalu kuar seorang diri memang memeritkan lagi menakutkan ku. Ternyata semalam memang menakutkan lagi misteri.. hihihi


Semalam ku nak gi beli sedikit barang nak buat kuih. Dah lama sangat rasa tak buat kuih, telur pun masih banyak stok. Cuma ada beberapa barang yang tak cukup. Ku gagahkan kaki untuk keluar seorang diri, selalunya kalu nak gi soping minta hasben temankan, tapi sebab semalam adalah hari bekerja, terpaksalah keluar sorang sajer.

Selesai beli barang, dan siap masuk barang dalam kereta, semuanya lancar hingga nak keluar parking pun oke. Walaupun ada sebuah kenderaan mpv yang sedikit terhalang semasa nak undur. Nasib baik ada tuan dalam mpv tu, so, bila nampak kereta ku nak keluar, dia cepat² undurkan mpv-nyer. Bila dah keluar parking, dan sebaik kereta ku bergerak ke depan lepas tukar gear satu, tercegat seorang lelaki tua ala bangla/pakistan ke, tak sure, tercegat belah kanan dan memberi salam. Terkaget la sekejap kan.
'Beri salam kat aku ker..
Ku jawab dalam hati jer.

Semasa kereta ku bergerak perlahan-lahan. Dia macam memanggil aku lak.
'Aduyaii.. Apa hal pulak ni.. Nak berenti ke tidak.. Aku sorang diri ni.. Takkan nak berenti kan.. Kalu nak tumpang pun, tumpang lah dengan lelaki jugak kan.. Penin lah.. Cuak lah aku.. Kalu aku berenti.. Ntah apa dia cakap kan... Nanti aku ikut jer pulak.. Naya aku.. Ishh tak jadilah nak berenti.. Kalu nak minta derma, kenapa tak minta tadi semasa aku kat luar kereta ker..'

Seingat ku, memang terperasan pakcik ni tengah sembang dengan seseorang masa ku baru sampai, sejurus lepas park kereta. Takder syak apa² pun. Masa ku soping pun lama jugak lah, sempat masuk dua-tiga kedai, untuk survey harga dulu. Masa nak balik tu tak perasan pulak pakcik tu ada di kawasan yang sama. Memang selalu beringat mesti perhatikan kawasan sekeliling kita, supaya kite sentiasa alert. Tapi semalam tu memang dah terlupa, sebab dah dapat hajat kot, dengan campur letih dan panas pulak lagi.. Huhu...

Pasal nak brenti kereta ke tidak. Memang tak berenti lah jawabnyer. Takut ehh. Kalu korang apa korang buat?

Pesan Mokcik: Minta tuhan jauhkan dari segala kejahatan manusia dan jin.