Kematian Osama Laden

Salam Hormat.

Masih terkejut lagi dengan berita kematian Osama Bin Laden pada 1 Mei lalu.. Macam tak percaya pun ada. Dalam lubuk hati memang berbuku keciwa dengan sikap setengah2 mereka yang bergembira dengan pemergian wira Islam ini. Moga beliau mati dalam syahid...


Serba sedikit mengenai biodata beliau:

  • Nama penuh: Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden
  • Nama popular: Osama bin Laden
  • Dilahirkan: 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah
  • Anak ke: 17 dari 52 orang anak bersaudara



Mengenai Bapanya:

  • Nama: Mohammed bin Laden
  • Pekerjaan: Petani miskin
  • Asal: Yaman
  • Perjalanan hidup: Berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. 
  • Di tempat yang baru memulakan kerjaya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.