Produk IKS Tersisih

Salam Jumaat Semua..

Diam tak diam, hari ni kita sudah masuk bulan April. Dulu 1 haribulan April terkenal dengan April Fool, tapi harapnya sudah ramai umat Islam sudah sedar akan di sebalik peristiwa sebenar April Fool, dan jangan lagi kita menyambut atau meraikannya OK!

Tujuan asal bukan nak citer pasal April fool pun.. Itu cuma mukadimah atau sedikit peringatan buat kita semua. Hari ni ada nak buat laporan sket ni.. Pasal produk IKS (Industri Kecil Sederhana) yang didapati terpinggir di sebuah pasaraya terkenal di lembah klang atau lebih tepat di putrajaya. Ala dekat alamanda tu.. Pasti anda tahu kan!



Pasal produk IKS ni, ramai ker yang perasan.. Kalu tak pasan, nanti boleh pergi check tengok sendiri. Tak tahulah ini isu sensitif ke tidak kan. Tapi kalu kita sendiri jadi pengusaha pasti rasa kecik hati jugak. Sebagai pengguna pula yang memang mencari produk IKS, memang rasa tersisih lah - Ada ke patut letak kat bahagian ceruk dan bersebelahan pulak dengan barangan haiwan peliharaan, dengan takde label (signboard) rasanya tempat tu. Penjagaan pun macam takde langsung, ternampak ada barang yang kena tebuk dek tikus. Ala.. lupa lah nak amik gambar.

Sebelum ini, memang tak pernah nampak produk IKS kat sini. Itu yang jarang2 belibelah kat sini, kecualilah jika ada promosi barangan tertentu baru kat sampai sini. Itu yang semalam pergi nak ushar barang letrik tengah promotion. Dah sampai sana, jelajah sekali ke bahagian pets, itu yang ternampak pulak produk IKS ni, belilah jugak satu barangnya walau takder dalam senarai sebab jarang2 dah kuar soping, tapi produk ni memang sudah jadi feveret ku - paste Kuzi Seri Tunjung.