Meniti Hari - Jalur Lebar Mengecewakan

Salam Bahagia.

Ucapan bahagia buat kekawan semua.. walau dalam hati ini kurang bahagia. Malah bermacam² rasa ada dalam ni.. Keciwa. Patah hati. Geram. Menyampah pun ada!
Mana tak keciwanya dik oii... Hari demi hari, jalur lebar ku punya, makin carik pasal. Makin hari makin melampau tahap cipannya.... Mula² dulu bila selow, rasa boleh terima lagi sebab baru pakai, dan adalah beberapa arahan yang di ajari melalui telefon oleh juru pandunya. Puas hati lah sebab ada improvement. Dah lama sket pakai, ada masa selow, ada masa laju sket- sket jer yer.

Ada masa tak perlu pakai, memang tak rasa apa² lah kan.
Tapi baru² ni, menyakitkan hati bangat. Dapat jer connect, status very good, tapi mengensot² nak masuk web. Dah dapat masuk web, kita nak klik lah pulak kat ke link lain. Dalam dok mengensot tu, tup-tup jer keluar 'the web is not available'. Tekan reload, lagi, dan lagi.. Kadang² dapatlah masuk. Tapi selalunya akan sampai naik feed-up dah dok reload. Time connection still jalan, status bar pun nampak macam oke jer. Nak kata poor pun tidak jugak, maintain good or very good. Baik ke bendenye... web tak leh masuk langsung. Bila tanya ada masalah apa, suruh jer pakai dulu 24 jam selepas juru pandu suruh tukar kat network preferences.. Lepas 24 jam nak suh tepon report lagi.. Padahal selama pakai lebih 24 jam pun sama jugak selow melow-nyer. Ada sapa amik pedulikk??

Hahaha... Geram nya rasaaaaaaaaaaaaaaa... Macam jer nak campak bende-alah b***dband tuh. Harus berderai kalu baling ke dinding. Dok meniti hari nak talak tiga jer.

Nota: Perasan tak coretan hari ni hampir takder perenggan. Itu pasal, geram sangat lah tuh.