Selamat Tahun Baru 1432H : Jom Tutup Aurat

1 Muharam 1432 adalah bersamaan 7 Disember 2010. Kepada pembaca muslim, 'Selamat Tahun Baru'.  Apa azam tahun baru anda?

Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam.  Pada hari ini, umat islam memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, hari penghijrahan Nabi Muhamad SAW. dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Simboliknya, penghijrahan ini kepada kita adalah boleh diterap dalam kehidupan, iaitu berhijrah atau berubah kepada ke arah yang lebih baik, yang menjurus kepada sikap, tindak-tanduk, atau perilaku kita sebagai hamba kepada pencipta kita. 


Ini ada kait-rapat dengan persoalan azam baru kita tadi. Azam bermula dari niat, bakinya adalah tinggal kita buat atau tidak sahaja! Yang nak buat atau tidak itu, bukankah sikap dan tindak-tanduk kita kan?

Jika belum ada azam yang lepas belum terlaksana, mungkin boleh dilaksanakan bermula tahun baru ini. Pada yang belum berazam.. Mungkin, Ann boleh ilhamkan dekat sini untuk kekawan semua. Apa yang Ann nak kongsikan kat sini adalah apa yang telah dijumpai di suatu tempat. Jom layan...

Sorii.. Gambar kurang jelas. Boleh dibesarkan


Zoom-in.. Boleh dibesarkan



p/s: Ann berazam untuk memantopkan ekonomi keluarga. Marilah kita sama2 doakan Semoga Tahun Ini adalah Lebih Baik daripada tahun-tahun sudah. Aamiiiin...

Wassalaamualaikum!

6 comments:

suka_haha said...

apa azam baru tahun ni? hehe..
jemput ke sini ye

Mummy-Zerry said...

azam uk berazam.. ngeee~

Anonymous said...

Azam ku tahun ni mesti lebih baik dari tahun lepas... amin


| Jemputan untuk menyertai GA | Domain untuk dimenangi |

Ikhlas
- Qalish [Dot] Com -

Unknown said...

saye pon dress up tak perfect :( tapi tengah berubah cket2.. :)

Cahaya Aina said...

Meh aina aminkan azam mokcik eh...Emm berazam untk dpt kan aper yg aina inginkan..hee tlg aminkan sekali yer mokcik...tengkiu! ^_^

Mummy-Zerry said...

Sofia:Baguslah kalu sudah ada azam begitu.. Sket2 lama2 jd prefect.. ngee~ Mana ada orang yang perfect kecuali Nabi Muhammad.. Sbg umat nabi & hamba Allah, kita cuba jadi yang terbaek! Moga dimudahkan jalan mu.. Aamiiiin

Aina: Mokcik doakan impian mu berhasil.. Aamiiiin