Catatan Seminggu - Akhir Nov & Awal Dis

Gambar Hiasan


Assalaamulaikum kekawan,

Dari sehari ke sehari, catatan Ann asik saja tergendala. Tergendala dek masa, dan adakala kerana malas juger, sebab line internet yang merangkak lebih slow daripada siput. Ehehe..
Malam ni pula amatlah terasa hangat dan panas - mungkin hendak hujan kot. Hampir sahaja membakar semangat ku untuk tidak membuat catatan di sini, tapi Ann gagahkan juga. Kata-kata semangat Ann hanya ringkas, 'Jika bukan hari ni, Bila lagi?'
Maka bermulalah coretan ku:



30 Nov - Ann mendapat pesanan ringkas daripada salah seorang kenalan pejabat semasa dalam perjalanan ke opis, menyatakan rakan sepejabat (berbangsa cina) telah dimasukkan ke ICU Glenagle, sedang dalam koma, salur darah utama dalam otaknya sudah pecah, doktor tidak dapat berbuat apa2.
Tersentak seketika, sebenarnya memang dah agak lama tidak bertemu beliau yang dimaksudkan kerana dia on mc, sejak 3 minggu yang lalu. Tetiba sahaja kata dalam koma pula. Ramai2 yang di opis tu pun rasanya dia lah yang nampak paling sihat dan menitikan kesihatan.
Petangnya, barulah Ann ada kesempatan melawat beliau di hospital, sedih sangat tengok dia.. Berada dalam koma. Kalu sebelum ni, berjumpa atau berselisih kat mana2, pasti dia dulu yang tegur, "Hi", katanya. Tapi hari tu, suasana amat kaku dan sepi sahaja.

1 Dis - Hari ni hati tu rasa membuak2 nak pergi jenguk beliau di hospital, tapi kerja ku ada lagi belom selesai, kerana esoknya ada perjumpaan penting di Seremban, nak kena siapkan slide. Hanya khabar sahaja yang Ann terima, katanya beliau dah semakin lemah, dan badannya sudah kekuningan. Hanya harapan yang mampu ku sandarkan. Petang, selesai kerja terus pulang ke rumah, malas dah nak fikir apa2 yang lain selain untuk esok. Huhu.. Walaupun bukan aku yang nak kena present dalam meeting tu.. Malam pulak, sekitar 10 lebih, Ann dapat lagi pesanan ringkas, menyatakan rakan sejabat yang koma itu, jantungnya sudah berhenti dan telah meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Setiap yang hidup akan kembali kepada-Nya.

2 Dis - Perjalanan ke Seremban bermula seawal pagi, dengan memilih laluan Lekas, untuk lekas sampai sebelum jam 9.30 pagi, iaitu waktu dijangka bermula perjumpaan. Rupanya dalam perjalanan baru tahu, perjumpaan adalah jam 11 pagi. Adoiyaa.. Lama lagi tuh... Bawak lah kenderaan perlahan-lahan untuk melengahkan masa menunggu di tempat perjumpaan.
Sampai di Seremban sekitar 8.30 pagi, Ann pusing-pusing dulu spot tempat perjumpaan, sambil usha2 tempat nak brekfes.
Jam 9 pagi, sampai di tempat perjumpaan, kami berlonggok pula kat coffee house sementara nak tunggu perjumpaan sebenar.
Alhamdulillah, selesai perjumpaan sekitar jam 1 ptg, apalagi perut pun macam nak lapar juger. Dalam masa carik jalan pulang, ternampak satu kedai ni yang menarik perhatian sejak sampai  di Seremban pagi tadi. Apa lagi Ann singgah la.. ada cendol beb! Hihi.. dah lama tak pekena cendol pulut tapai. Tiba2 masa order, ter'order' 'cendol pulut satu', nasib baik ada, kalu tak buat malu jer.. Nak tgk cendol pulut Ann makan? Tengok sini

Selesai coretan Ann di sini buat masa dan tika ini.

p/s: Hari ni mungkin hari dia kembali ke pencipta-Nya, hari kita belom tentu bila? Hanya Dia yang Maha Tahu. Maka bersedialah dari hari ini..

1 comment:

.::: Princess MOMOY :::. said...

Isk...lama dah rasanyer Momoy x lepak2 kat coffe house ngan kengkawan
MY RECENT POST: Pelaburan baru dalam AHB ?